SELAMAT DATANG TERIMA KASIH KERANA MENJADI PENGUNJUNG BLOG INI. HARAP-HARAP TUAN/PUAN SUDI MENJADI "FOLLOWERS" BLOG SAYA INI.

Sisipan

Sajidah. Powered by Blogger.
Monday 6 June 2011
1.0 LATAR BELAKANG

Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sedia ada merupakan program khas KPM yang telah dilaksanakan mulai tahun 1999 dan telah ditamatkan ambilannya pada tahun 2006. Program ini melibatkan kerjasama IPTA dengan IPG.

Keputusan Jemaah Menteri pada 12 Julai 2006 berkaitan Memorandum Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia memutuskan ambilan terakhir pelatih seramai 1500 orang dalam Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) penempatan di sekolah menengah adalah pada tahun 2006. Ini bermakna tidak ada pengambilan pelajar PKPG pada tahun 2007. Sehubungan itu, Bahagian Pendidikan Guru telah mencadangkan supaya program pensiswazahan guru sekolah rendah diteruskan di Institut Pendidikan Guru di bawah Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR).

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Staf Kementerian Pelajaran bertarikh 5 Februari 2007 telah meluluskan program PGSR di IPG menggunakan mode Latihan Pensiswazahan Berasaskan Sekolah (LPBS) dengan syarat guru mengikuti pengajian di IPG pada hujung minggu atau cuti semester tanpa meninggalkan sekolah; tempoh pengajian selama 4 tahun; guru terus mendapat gaji penuh; tidak dikenakan yuran pengajian; dan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan di akhir pengajian.

Mesyuarat Hal-hal Profesional pada 22 Jun 2007 telah meluluskan pengisian program PGSR adalah ke arah melahirkan guru siswazah yang mempunyai kemahiran untuk mengajar pelbagai mata pelajaran (generalist).

2.0 Program PGSR merupakan satu saluran utama untuk guru bukan siswazah meningkatkan taraf pendidikan ke peringkat ijazah pertama. Ijazah yang diperolehi membolehkan mereka memohon kenaikan pangkat ke DG 41 dan dilantik ke jawatan lebih tinggi.

3.0 PERKARA-PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN
3.1 Bidang Pengajian
Sebanyak 17 bidang pengajian yang ditawarkan bagi program ini iaitu:
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Cina
  3. Bahasa Tamil
  4. Bahasa Arab
  5. Pendidikan Islam
  6. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  7. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  8. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
  9. Pendidikan Pemulihan
  10. Pendidikan Prasekolah
  11. Pendidikan Jasmani
  12. Sains
  13. Matematik
  14. Reka Bentuk dan Teknologi
  15. Pengajian Sosial
  16. Pendidikan Seni Visual
  17. Pendidikan Muzik
(Bahasa Inggeris tidak ditawarkan dalam PGSR kerana Kementerian Pelajaran sudah mempunyai program B.ed TESL yang berkolaborasi dengan universiti luar negara)

3.2 Mode
Program PGSR akan dilaksanakan menggunakan Mode Kursus Dalam Cuti (KDC). Mode KDC merupakan latihan yang menerapkan pendekatan pendidikan secara sambilan. Penggunaan mode ini dapat mengelakkan ramai guru meninggalkan sekolah dalam satu masa. Peserta program dikehendaki menghadiri kuliah pada cuti semester persekolahan. Peserta juga akan terus menikmati gaji penuh sepanjang tempoh 4 tahun pengajian.

3.3 Tempoh dan unjuran
Tempoh pengajian bagi menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda adalah selama 4 tahun. Ambilan pertama pada 17 November 2008 dengan unjuran 3000 orang.

3.4 Pusat Pembelajaran

Program ini akan dilaksanakan sepenuhnya di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) kecuali ELTC. Setiap IPG akan menerima 4 hingga 5 kumpulan peserta program.

3.5 Pemindahan Kredit

3.5.1 Pemindahan kredit atau pengecualian kredit diberi kepada peserta program tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

3.6 Penganugerahan Ijazah
Setelah tamat pengajian, peserta program akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Rendah.

3.7 Yuran Pengajian
Pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah adalah di IPG. Sehubungan itu, peserta program tidak dikenakan sebarang yuran pengajian.

3.8 Tahun Pelaksanaan
Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) akan dilaksanakan mulai 2008.

3.9 Pemilihan Calon
Kriteria pemililhan calon untuk ijazah sarjana muda adalah seperti berikut:

a. Syarat dan kelayakan Am Permohonan

1. Warganegara Malaysia

2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS/PPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia

3. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 15 November 2008.

4. Telah disahkan dalam jawatan

5. Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa.

6. Memiliki Diploma Perguruan atau Sijil Guru.

7. Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib.

8. Telah membuat pengisytiharan harta tidak melebihi 5 tahun di bawah peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

9. Sihat tubuh badan serta mempunyai kemampuan, keazaman, iltizam dan jati diri untuk mengikuti kursus sehingga tamat pengajian.

b. Kelayakan Akademik Mengikut Bidang Pengajian. Selain daripada syarat dan kelayakan am yang dinyatakan dalam perkara di atas, pemohon mestilah mempunyai kelulusan dalam mata pelajaran peringkat SPM/MCE/SPVM/SPMV dan memiliki Diploma Perguruan/Sijil Guru dalam bidang yang dipohon.

c. Pemohonan adalah secara Dalam Talian dengan melayari internet http://www.moe.gov.my. Siaran iklan melalui akhbar pada 15 Julai 2008 dan permohonan dibuka dalam talian pada 16 Julai 2008, Tarikh tutup permohonan pada 15 Ogos 2008. Pengambilan peserta program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Pengambilan BPG dan BTMK.

3.10 Kurikulum

3.10.1 Kurikulum Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah menggunakan sepenuhnya kurikulum IPG. Penyediaan kurikulum ini dilaksanakan oleh Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru.

3.10.2 Pensyarah yang mengajar PGSR ini terdiri daripada pensyarah IPG dan mereka akan menghadiri Kursus Induksi Kurikulum anjuran Bahagian Pendidikan Guru.

3.10.3 Jumlah jam kredit untuk bergraduat ialah 133 kredit

3.10.4 Struktur program menetapkan kursus-kursus yang ditawarkan serta jumlah jam kredit dan wajarannya. Program Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian direkabentuk berasaskan konsep ‘generalist” untuk membolehkan seseorang berfungsi sebagai guru yang mempunyai kemahiran untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk diberi pendedahan kepada pendidikan khas.

3.11 Penilaian dan Peperiksaan

3.11.1 Penilaian dan peperiksaan bagi pelaksanaan PPGSR adalah diuruskan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan BPG. Setiausaha peperiksaan IPG adalah penyelaras penilaian di peringkat IPG.

3.11.2 Bagi komponen kursus wajib akan diadakan ujian akhir, manakala komponen profesionalisme dan elektif ada peperiksaan dan kerja kursus.

3.11.3 Dari segi pemberatan, jika ada elemen amali, ratio adalah 40:60. Jika tiada elemen amali ratio adalah 50:50.

3.11.4 Bagi memastikan kawalan kualiti, tumpuan penilaian bagi program ini adalah kepada peperiksaan. Elemen penilaian berasaskan sekolah juga akan dimasukkan dalam elemen peperiksaan.

3.11.5 Struktur penilaian PGSR akan diperincikan berdasarkan kurikulum PGSR.

3.12 Tenaga Pengajar

3.12.1 Pensyarah yang mengajar PGSR terdiri dari pensyarah

IPG yang berkelayakan dari segi akademik dan pengalaman. Pensyarah akan dibayar elaun semasa cuti dan tuntutan perjalanan.

3.13 Jaminan Kualiti

Bagi memastikan kualiti kursus, langkah-langkah berikut dilaksanakan:

3.13.1 Pembangunan kurikulum dibentuk melalui proses berikut iaitu:

a. Benchmarking dengan beberapa Universiti Luar Negara. Ini adalah kerana IPTA tempatan belum lagi mengeluarkan ijazah sekolah rendah.

b. Merujuk kepada Malaysian Qualification Agency (MQA) berdasarkan panduan yang terdapat dalam Malaysian Quality Framework.

c. Khidmat pakar rujuk dari dekan-dekan IPTA.

d. Menjemput pakar-pakar IPTA tempatan mengikut bidang masing-masing.

3.13.2 Kurikulum kursus diluluskan oleh LAN/MQA.

3.13.3 Pemantauan kualiti kursus berterusan.

3.13.4 Tenaga pengajar terdiri dari pakar rujuk mata pelajaran serta berpengalaman.

3.13.5 Pusat Perkhidmatan pelajar akan dilaksanakan.

3.14 Surat Perjanjian

3.14.1 Surat perjanjian bagi program PGSR disediakan oleh Unit HEP, BPG.

3.14.2 Antara lain, kandungan perjanjian menyatakan bahawa peserta program dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan tidak kurang dari EMPAT tahun.

3.14.3 Bagi kes pelanggaran dan penamatan pengajian, peserta dikehendaki membayar RM 35, 000.00

3.14.4 Surat perjanjian yang telah dilengkapkan perlu dikepilkan bersama buku perkhidmatan, pengesahan jawatan, prestasi, sijil guru dan perlu dimatikan setem.

3.15 Penempatan Guru Setelah Tamat Pengajian
Peserta yang tamat pengajian kekal ditempatkan di sekolah rendah. Peserta dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji Penempatan sebelum menerima tawaran program tersebut. Surat aku janji ini mengandungi penyataan bahawa peserta bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah rendah di seluruh negara setelah tamat pengajian.

3.16 Pelan Tindakan Bagi Pelaksanaan
Pelan tindakan pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) di Institut Pendidikan Guru bagi ambilan November 2008 adalah seperti dalam Lampiran 1.

3.16 Implikasi Kewangan
Sumber kewangan bagi membiayai Program Khas Pensiswazahan Guru dibiayai di bawah peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).

3.17 Implikasi Perjawatan
Peserta kursus PGSR tidak termasuk dalam jawatan latihan. Ini bermakna mereka akan terus berada dalam sistem persekolahan untuk mengikuti kursus selama 4 tahun.

0 comments:

Post a Comment

Jam Anda

Renungan









RENUNGGAN.
****************
RASULULLAH bersabda bermaksud: “Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya, akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi) Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama diangkat sangat tinggi serta mulia dalam parameter Islam.






























































Followers