SELAMAT DATANG TERIMA KASIH KERANA MENJADI PENGUNJUNG BLOG INI. HARAP-HARAP TUAN/PUAN SUDI MENJADI "FOLLOWERS" BLOG SAYA INI.

Sisipan

Sajidah. Powered by Blogger.
Friday 15 July 2011
hardisk
Saya membaca status FB rakan blogger yang tension sebab pendrive dia hilang yang mengandungi bermacam-macam fail. Saya pun banyak kali juga terkena kes macam ni apabila data kita tiba-tiba hilang sekelip mata kerana tidak membuat backup.
Dan peristiwa sadis apabila post entri di isuhangat ni pun hangus sekelip mata apabila timbul masalah semasa pemindahan data dari server lama ke server baru sedangkan saya tidak membuat backup selama beberapa bulan.
http://www.isuhangat.net/2010/08/entri-hangat-3-bulan-hangus/
Nasib baik masih ada lagi di notes Isuhangat di Facebook artikel-artikel tersebut tetapi tiada masa nak masukkan semula ke blog ni.
Inilah kepentingan backup, tapi pernahkah anda terfikir untuk mem’backup’ memori di otak kita kepada hardisk?
Seorang saintis terkenal dari US, Raymond KURZWEIL (62) mengatakan dia sedang membina alat yang boleh mem”backup” otak manusia, termasuk segala memori yang ada di dalamnya ke dalam hardisk.
Raymond Kurzweil
“Saya sangat yakin bahawa dalam masa 20 tahun kita akan dapat memiliki ribuan mesin komputer nanorobot di dalam darah,” kata Kurzweil di depan 500 jemputan dalam acara ‘Future Talk’ di Vienna, Austria, seperti dimuat Daily Mail pada 22/10/2010 lalu.
Tambah Kurzweil lagi ini bukan sesuatu yang mustahil kerana teknologi yang ada sekarang ini membolehkan alat tersebut boleh dicipta.
“Ini bermakna alat itu akan mengembalikan setiap fikiran, pengalaman, dan apapun yang menjadikan kita seorang individu manusia,” tambah Kurzweil.
Kurzweil juga berkata, dia sudah biasa dianggap gila oleh sebahagian orang.
Dia menceritakan, pada awal1980-an, beliau pernah meramalkan World Wide Web (www) akan muncul pada pertengahan tahun 1990.
“Dulu saya dianggap gila. Tapi lihat yang terjadi, dan ramalan saya mengenai bila www muncul adalah tepat,” katanya.
Di kalangan para saintis, Raymond Kurzweil memang bukan orang sembarangan. Selama kerjayanya dalam bidang sains, Kurzweil telah banyak kali menjadi perintis teknologi komputer, termasuk teknolongi pengecaman suara.
Sejarah hidupnya juga mengkagumkan. Pada usia 15 tahun, ia mencipta program yang boleh mengubah semula lagu dengan style komposer terkenal. Dengan penciptaannya itu Kurzweil dipanggil untuk bertemu Presiden, Lyndon B Johnson di White House.
Dia juga pernah membuat mesin yang boleh membaca ayat yang tertulis untuk rakannya yang buta, penyanyi terkenal, Stevie Wonder.
Untuk Stevie Wonder juga, Kurzweil membuat alat muzik synthesizer yang secara revolusioner boleh berfungsi seperti alat muzik sebenar.
Sementara itu, dalam bidang akademik, Kurzweil memiliki 19 gelaran doktor kehormatan.
Kini, dia menjadi penasihat bagi kerajaan, saintis, tentera dan penceramah di seluruh dunia. Topiknya, tentang teknologi terkini.

0 comments:

Post a Comment

Jam Anda

Renungan









RENUNGGAN.
****************
RASULULLAH bersabda bermaksud: “Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya, akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi) Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama diangkat sangat tinggi serta mulia dalam parameter Islam.






























































Followers