SELAMAT DATANG TERIMA KASIH KERANA MENJADI PENGUNJUNG BLOG INI. HARAP-HARAP TUAN/PUAN SUDI MENJADI "FOLLOWERS" BLOG SAYA INI.

Sisipan

Sajidah. Powered by Blogger.
Saturday 16 July 2011
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat. Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Salah satu penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ialah melalui penggunaan komputer. Di negara kita pengetahuan dan penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang. Guru dan pelajar juga digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan P&P.

Selain daripada perisian untuk pengajaran Sains, Matematik dan bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran menurut Kassim Abbas (2006). Pihak yang berkaitan perlu mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu agar proses P&P berasaskan ICT dapat berjalan dengan lancar.

KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT

i- Dengan menggunakan ICT pelajar akan lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana     pelajar lebih  nampak gambaran sebenar. Pelajar lebih berminat  untuk belajar kerana banyak animasi-animasi yang boleh menarik minat pelajar.
ii- Pelajar akan memberikan sepenuh perhatian semasa proses P&P kerana para pelajar tertarik dengan  bahan-bahan yang dipaparkan.
iii- Pelajar dapat mengaitkan P&P Matematik dengan kehidupan seharian.
iv- Pelajar akan lebih tertarik dengan isi / bahan pengajaran yang dipaparkan.
v- Memudahkan pemahaman pelajar.

KELEMAHAN PENGGUNAAN ICT

i-  Untuk sesetengah tajuk yang diajar, responden hanya ingin mencapai dua objektif sedangkan isi
     pengajaran dalam cd berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif. Ini menjadikan objektif yang ingin  dicapai dan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari.
ii- Kemudahan-kemudahan ICT yang digunakan selalu mengalami kerosakan. Terpaksa mengambil masa untuk memasang peralatan-peralatan yang ingin digunakan semasa P&P.
iii- ICT tidak membantu dalam sesetengah tajuk yang memerlukan penerangan yang mendalam dan tajuk  yang melibatkan proses penyelesaian masalah yang mana lebih mudah pemahamannya jika kaedah chalk  and talk diaplikasikan.
iv- Terpaksa mengambil masa pada awal kelas dan masa tamatnya kelas untuk memasang peralatan yang ingin digunakan semasa proses P&P.
v- Tidak semua tajuk memerlukan penggunaan ICT.


Penggunaan ICTdi kalangan guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik
semasa menjalani latihan mengajar di sekolah yang berkenaan bergantung kepada kemudahan
yang disediakan disekolah. Banyak faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT dikalangan guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik semasa menjalani latihan mengajar.

7 comments:

Mohd Yusoff bin Ishak said...

Gunakanlah segala kemudahan yang disediakan agar anak didik kita mendapat ilmu yang secukupnya.

Mohamad Nizam 210510 said...

Cemerlang

Siti Rahmah Darus said...

lakukan mengikut kemampuan dan kemudahan yang ada

Unknown said...

jurnal yang baik dan boleh dijadikan panduan oleh para guru pelatih.

Nor Hayati Nor Aziz said...

satu perkongsian yang baik.

Anirah said...

info yang menarik untuk dikongsi bersama

upinipin said...

ict amat diperlukan era kini.ia memudahkan banyak perkara.gunalah ia dengan bijaksana.jom follow blog sy.tq

Post a Comment

Jam Anda

Renungan









RENUNGGAN.
****************
RASULULLAH bersabda bermaksud: “Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya, akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi) Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama diangkat sangat tinggi serta mulia dalam parameter Islam.






























































Followers